Bercinta Sampai Ke Syurga

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    "Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orrang-orang) yang berdoa dengan berkata " Wahai Tuhan kami, jadikan lah kami beroleh dari isteri-isteri kami serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa"


    Syurah al-Furqan 74


    Tajuk : Bercinta Sampai Ke Syurga
    Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
    Penerbit : Galeri Ilmu / 2009
    Halaman : 271 ms
    Harga : RM25.90




    Menurut Ustaz Hasrizal, buku Aku Terima Nikahnya yang mendapt sambutan yang menggalakan dari para pembaca, bolehlah di anggap sebagai buku panduan bercinta menurut kacamata Islam, bagi yang membacanya secara umum. Bagi mereka yang terlibat di dalam tarbiyah, gerakan Islam dan dakwah, ianya merupakan manual Bait Muslim. Tetapi beliau merasakan masih banyak lagi yang perlu di sentuh di dalam menghadapi kehidupan berumah tangga yang masih banyak liku-likunya.

    Secara ringkasnya, Aku Terima Nikahnya menyentuh banyak perkara-perkara  yang dikirakan asas menurut kacamata Islam, yang selalu di anggap remeh  tetapi patut di ketahui dan di ambil berat sebelum melayari alam perhakwinan. Manakala buku Bercinta Sampai ke Syurga ini, Ustaz Hasrizal menamakan "MANUAL CINTA HARAKI", sesuatu yang agak "macho", menurut beliau. Beliau cuba untuk mencari jawapan-jawapan kepada punca krisis yang berlaku di dalam rumah tangga, lebih-lebih lagi yang telah terbina atas dasar agama. Pengalaman menjadi Minister of Religion di Belfast, semasa usia perkahwinan beliau baru 2 bulan, membolehkan beliau menyaksikan banyak konflik-konflik rumah tangga yang dapat mambantu kepada usaha mencari jawapan melalui buku ini.

    Leave a Reply

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Kongsikan Bersama

    Total Pageviews

    Followers