Dalam menempuh hidup yang seolah-olah tiada penghujung ini, kadang-kadang kita terlupa akan tujuan asal kita dijadikan Allah di muka bumi ini. Kita begitu asyik dan sering alpa dengan segala bentuk keindahan dan kenikmatan yang kita kecapai. Sehinggakan kita terlupa bahawa hidup ini ada penghujung sebenarnya. Ada hidup yang lebih kekal abadi yang merupakan tujuan yang lebih penting dari dunia yang fana ini. Bila Allah memanggil kita, segala-galanya akan kita tinggalkan.
Kita selalu leka dengan materialistik dunia yang bersifat fizikal atas nama kebahagian sehinggakan kita telupa akan JIWA kita yang ditinggalkan kekosongan. Kebahagian dunia yang bersifat sementara bersama JIWA yang kosong, tidak membawa sebarang makna untuk kita bawa sebagai bekal bila kita bertemu dengan pemilik kita.
JIWA yang dipenuhi dengan rasa rendah diri, takut dan penuh sedar bahawa kita ini adalah milikNya. JIWA yang sentiasa bertasbih dan mengingatiNya dan tahu siapakah kita di sisiNya.
Allah berfirman
Demi Jiwa dan Penyempurnaannya
DIA lah yang mengilhamkan segala kefasikan dan ketaqwaan
Beruntunglah bagi mereka yang mensucikannya
Rugilah bagi mereka yang mengotorinya
JIWA yang bagaimanakah yang kita bakal bawa menghadapNya?
Muqadimmah
Author:
Unknown
Genre:
Rating
Posted by Unknown
Posted on