Youssef Nada - Di Sebalik Ikhwanul Muslimin

    Author: Unknown Genre:
    Rating

    Tajuk : Youssef Nada - Di Sebalik Ikhwanul Muslimin
    Penulis : Douglas Thomson
    Penerbit : PTS
    Cetakan : 2013
    Halamn : ms
    Harga : RM29.90


    "Politik di Timur Tengah penuh dengan kerahsian, namun Ikhwanul Muslimin ada di mana-mana di seluruh dunia. Ia bukan bersasaskan sistem keahlian, tetapi berdasarkan cara seseorang berfikir."


    Dengan apa yang terjadi mutakhir ini di Mesir, mungkin ramai yang masih samar-samar akan apa yang sebenarnya sedang berlaku. Ada sesetengah pihak yang menerima bulat-bulat akan apa yang dihidangkan kepada mereka oleh sumber-sumber yang mahu mereka menerima apa yang mereka hidangkan. Kedatangan buku ini agak bersesuain dengan rentetan-rentetan peristiwa, kekeliruan, kacau bilau yang sedang berlaku di Mesir.

    Mereka patut membaca buku ini sebelum mengambil keputusan mengharamkan Ihkwanul Muslimin, bahawa mereka tidak dapat menjatuhkan sesuatu yang tetap akan kembali bangun walau bagaimana kuat mereka dijatuhkan.


    Youssef Nada merupakan nama yang agak terkebelakang bila bercerita tentang politik Mesir khasnya pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Tetapi sebenarnya Youssef Nada merupakan satu nama penting yang banyak melakukan kerja-kerja Ikhwanul Muslim di belakang tabir.

    Membaca "autobiography" karangan Doughlas Thompson, kita dengan sendirinya akan menyedari apakah pegangan Ikhwanul Muslim itu sendiri. Kita akan lihat banyak perkara-perkara yang disalahanggapakan oleh banyak pihak dan siapa di belakang semua usaha ini dan apakah tujuan usaha ini dilakukan.

    Beliau merupakan seorang yang telah banyak sekali melalui liku-liku perjuangan dunia Islam di Timr Tengah. Melalui saat-saat getir menghadapi pemerintah Mesir. Menyaksikan percaturan politik negara-negara barat ke atas negara-negara islam. Pengkhianatan oleh pemerintah negara-negara Islam di Timur Tengah itu sendiri.

    Buku ini seolah-olah mengeluarkan apa yang ada dalam diri Youssef Nada, walaupuan ada yang akan terus disimpan sehinggalah beliau di panggil oleh Maha Pencipta.  


    Tajuk : Youssef Nada - Di Sebalik Ikhwanul Muslimin
    Penulis : Douglas Thomson
    Penerbit : PTS
    Cetakan : 2013
    Halamn : ms
    Harga : RM29.90

    Leave a Reply

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Kongsikan Bersama

    Total Pageviews

    Followers