Aku Terima Nikahnya

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    "Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata " Wahai Tuhan kami, jadikan lah kami beroleh dari isteri-isteri kami serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa"
    Al-Furqan: 74

    Jika mau bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin
    Kerana rumahtangga bukan Utopia Cloud Nine
    ia adalah kombinasi suka dan duka
    Namum dalam duka tetap ada bahagia
    Itulah nikmat hidup berumah tangga
    Medan memberi paling mulia
    - Hasrizal Abdul Jamil -
     
    Tajuk : Aku Terima Nikahnya
    Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
    Penerbit : Galeri Ilmu / 2008
    Halaman : 227 ms
    Harga : RM20.90



    Dengan lafaz "Aku terima nikahnya..." maka sahlah pasangan itu sebagai suami isteri, dan bermulalah kehidupan bukan "keseorangan". Tiada lagi "Aku" (perkataan yang tidak berapa digemari oleh Saif). Yang ada hanyalah "Kami", "Kita"

    Ustaz Hasrizal berkongsikan banyak pengalaman hidup beliau meniti alam perkahwinan. Mengambil keputusan untuk menikahi bakal isteri yang tak pernah di kenali (yang agak sukar ditemui di zaman ini). Kemudian mengharungi alam berumah-tangga di perantauan, yang diawalnya pun sudah menampakkan cabaran disebabkan jarak dan tugas. Kehadiran cahaya mata pertama, yang lebih memberi makna dalam perkahwinan. Kemudian yang kedua, ketiga dan selepas itu mengharungi kehidupan dalam alam berumah-tangga di tanah air, yang banyak lagi cabarannya.

    Buku ini mengajar kita yang perkahwinan memerlukan pengorbanan yang besar. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum mengambil keputusan untuk berumahtangga, komitment yang tinggi, cabaran-cabaran dan bukan sahaja perkara yang indah-indah sahaja. Ataupun bukan sekadar apa yang dikatakan oleh Ustaz Hasrizal, "menghalalkan suatu yang haram" sahaja. Ada tujuannya Islam begitu menggalakkan perkahwinan.Tertarik dengan cara beliau melihat perkahwinan.

    "Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-meminta.

    Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan"

    Sebahagian buku ini juga merupakan kisah hidup suka dan duka beliau untuk di kongsikan bersama. Sedikit alam persekolahan, remaja, ibu, kesedihan kehilangan abah tersayang. Dan sebagai anak desa, agak terasa sayu mengenangkan keluhan beliau tentang damai desa yang hilang.

    Bacalah buku in dengan minda yang terbuka, kerana ia sangat sesuai untuk dijadikan panduan untuk pasangan-pasangan yang sedang asyik bercinta, sedang memasang angan-angan untuk bercinta. Juga untuk pasangan di dalam perancangan untuk mendirikan rumah-tangga, yang baru melayari bahtera alam berumah-tangga dan tak keterlaluan juga untuk pasangan yang sudah agak lama merasai asam-garam kehidupan berumah-tangga, mungkin kita dapat melihat perkahwinan itu dari sudut yang berbeza, yang kita sempitkan selama ini. 

    Leave a Reply

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Kongsikan Bersama

    Total Pageviews

    Followers