Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Al-Ankabut : 2-3
“Ya Allah jadikanlah kami termasuk dalam golongan
orang-orang yang beriman dan istiqmah dalam keimanan kami.
Jauhkanlah kami dari putus asa terhadap rahmatMu
Jadikanlah kami orangyang selalu bersabar
Dan jadikan kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu.
Dan gantikan apa-apa yang hilang dari kami dengan yang
lebih baik dari sisiMu.“
Tajuk : Bila Allah Menduga Kita
Penulis : Syed Alwi Al-Atas
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd. / 2010
Halaman : 189 ms
Harga : RM19.90
Melalui buku ini penulis mengajak pembaca berfikir bahawa di dalam mengharungi hidup ini tanpa kita sedari atau tidak, setiap manusia tidak pernah lepas dari dugaan dan cubaan hidup, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. Penulis mengariskan beberapa langkah-langkah yang patut kita ambil untuk mengharungi setiap dugaan yang kita hadapi. supaya kita tidak bersedih dengan dugaan yang datang. Sentiasa bersabar dan jangan mudah berputus asa daripada rahmat Allah s.w.t.
Menariknya buku ini, penulis banyak mengambil contoh-contoh musibah-musibah yang terjadi di zaman moden ini, yang mungkin jauh lebih hebat kalau kita bandingkan dengan apa yang kita hadapi, dan menjadikan kita lebih bersyukur. Bagaimana pada tahun 1982 Alton Logan yang berumur 28 tahun ketika itu di sabitkan dengan kesalahan membunuh, terpaksa menerima hukuman penjara seumur hidup. Hanya pada tahun 2008, setelah menjalani hukum selama 26 tahun, mahkamah mendapati dia tidak bersalah. Bayangkan dugaan yang terpaksa beliau hadapi, menjalani kehidpun di dalam penjara selama 26 tahun diatas kesalahan yang tidak dilakukannya. Begitu juga dengan kisah lelaki Acheh yang keluar menagkap ikan, hanya mendapati seluruh keluarganya sudah tidak ada lagi disebabkan Tsunami. Ini adalah beberapa contoh untuk menbuatkan kita lebih mensyukuri nikmat yang ada pada kita.

Seperti kata penulis, kita tidak pernah tahu apa yang akan kita hadapi di masa hadapan. Itu semua hanya ada di dalam pengetahuan Allah s.w.t. Bukan dugaan dan masalah yang menjadi persoaalannya, tetapi sikap kita menghadapinya. Diharapkan buku ini dapat memberikan kita sedikit kekuatan, apabila kita menghadapi dugaan, di samping Allah s.w.t.
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
Ash-Syarh : 5-6
"Do not pray for easy lives, Pray to be stronger"
John F. Kennedy
SYED ALWI ALATAS dilahirkan pada 1 September 1974. Beliau telah menamatkan Master dalam bidang sejarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau adalah seorang penulis yang cukup produktif. Sehingga kini beliau telah menulis lapan belas buku di dalam berbagai bidang seperti agama, sejarah, psikologi remaja dan novel. Blog http:/alwialatas.multiply.com