RASULULLAH bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang. Jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripada sembahyang fardunya, Allah berfirman: "Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amalnya yang lain."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Buku ini mengupas dengan terperinci tentang solat. Kenapakah solat di wajibkan keatas umat manusia, apakah yang dapat kita capai daripada solat. Hikmah di sebalik printah solat 5 waktu. Sebab dinamakan solat. Keutamaan Solat berbanding dengan ibadah-ibadah lain. Kepentingan untuk kyusuk di dalam solat.
Sesuai dengan tajuknya, buku ini memberikan panduan khusus untuk mencapai khusyuk di dalam solat dan cara-cara untuk menghadap ALLAH secara sempurna. Banyak Hadis-hadis yang di petik yang menyentuh tentang solat, khusunya tentang kekhusyukan di dalam solat. Penulis mengariskan beberapa langkah-langkah konstruktif untuk mewujudkan kekhusukan di dalam solat, seperti memerhatikan aspek zahir dan batin secara terperinci sebelum kita menghadap ALLAH.Penulis juga mengupas dengan terperinci setiap bacaan di dalam solat sebagai ikhtiar kita untuk menghadirkan hati kita di hadapan ALLAH
Buku ini adalah karya Misbah Em Majidy terbitan Kemilau Publika. Beliau merupakan Pengarah AL_MAJIDY ISLAMIC QURANIC STUDIES Sidoarja, Jawa Timur, Indonesia. Mendapat pendidikan Al_Azhar University Mesir.
Tajuk : Menyukat Solat Diri
Penulis : Misbah Em Majidy
Penerbit : Kemilau Publika / 2009
Halaman : 293 ms
Harga : RM22.00