Lembutkan Hatimu

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    "Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging, bilamana ia baik, maka baiklah seluruh anggota dan bilamana ia rosak, maka rosaklah seluruh oleh anggota, Ketahuilah itulah hati"
    Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

    "Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan". 

    Al-Baqarah: 74 

    Hati merupakan suatu yang sangat penting, selain dari akal fikiran di dalam diri manusia. Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail. Hati Baginda dicuci dengan air Zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was wasnya. Ini menunjukkan betapa pentingnya hati kepada manusia. Bersesuaian dengan hadis di atas, hatilah yang mementukan buruk dan baiknya seseorang itu.Hati yang lembut dan bersih dapat menjadi asas kepada ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.a.w.

    Di dalam buku ini, Amaluddin Mohd Napiah mengariskan beberapa langkah  di dalam 60 tazkirah pendek yang berkesan kepada kita yang dapat dijadikan panduan ke arah kejernihan dan kebersihan hati. Seperti kata penulis, buku ini menggunakan bahasa yang lazim diguna pakai dalam perbualan seharian agar ilmu itu menjadi mudah dihayati dan diserap oleh minda. Pembaca tidak terasa seolah-olah di ajar, sebaliknya di ajak untuk merenung, menganalisis. bermusabahah diri dam seterusnya mengamalkannya bersama-sama.



    Tajuk : Lembutkan Hatimu
    Penulis : Amaluddin Mohd Napiah
    Penerbit : Galeri Ilmu / 2010
    Halaman : 216 ms
    Harga : RM21.00

    Leave a Reply

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Kongsikan Bersama

    Total Pageviews

    Followers