7 Wanita Hina Dan Mulia

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    "Allah membuat isteri Nuh dan Luth perumpamaan bagi orang yang ingkar. Kedua-duanya berada dibawah pengawasan hamba yang soleh di kalangan hamba-hamba kami. Lalu kedua-dua wanita itu berkhianat kepada suaminya, maka kedua-dua smuaminya tidak dapat membantu sedikit pun daripada seksaan Allah. dan dikatakan kepada keduanya, masuklah keraka bersama orang-orang yang masuk neraka" 
    Surah at-Tahrim: 10

     "Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang beriman ketika ia berkata: Ya Tuhanku, bangunlah untuk ku sebuah rumah di sisi-Mu, dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."
    Surah at-Tahrim: 11


    Buku ini memuatkan 7 wanita yang di kisahkan di dalam Al-Quran dan Hadis sebagai wanita-wanita yang penuh dengan tipu daya, penentangan mereka, perilaku-perilaku buruk dan mempunyai sejarah hitam yang keji. Wanita yang dimaksudkan adalah, Walihah, isteri nabi Luth yang akhirnya mengkhiantinya. Unaizah, seorang perempuan tua dari kaum Bani Tsamud, musuh utama perjuangan Nabi Saleh. Zulaikha, dengan tipu dayanya terhadap Nabi Yusuf. Dalilah, wanita penakluk Nabi Samson. Salome perempuan pembunuh Nabi Yahya. Isteri Nabi Bal'am, yang menyebabkan terlucutnya kenabiannya.Jeridah, perempuan penakluk Nabi Sulaiman.

    Sementara 7 wanita agung yang di muatkan dalam buku ini adalah Khadijah Binti Khuwalid, isteri kesayangan Rasulullah S.A.W. Fatimah Az-Zahrah, puteri tercinya Rasulullah. Asiyah Binti Muzahim, isteri Firaun yang teguh imannya kepada Tuhan Musa, iaitu Allah. Rahmah, isteri Nabi Ayub yang setia. Balqis Raja Saba'. Safurah, isteri nabi Musa. Maryam puteri Imran, ibu yang dipilih untuk Nabi Isa.
    Kisah-kisah ini diharap dapat menjadi tauladan kepada muslimah-muslimah agar dapat mencontohi peribadi dan perilaku 7 wanita-wanita mulia ini dan supaya menjauhkan diri daripada peribadi dan perilaku 7 manita-wanita hina ini.


    Tajuk : 7 Wanita Hina & Mulia (Dalam Al-Quran dan Hadis)
    Penulis : Misbah Em Majidy
    Penerbit : Kemilau Publika / 2010
    Halaman : 313 ms
    Harga : RM19.90

    Leave a Reply

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Kongsikan Bersama

    Total Pageviews

    Followers