Engkau Memang Cantik

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
    Al-Azhab : 33 

    Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. 
    An-Nur : 31


    Kecantikan wanita sering di salahertikan sebagai sesuatu yang bersifat lahiriah lebih-lebih lagi di zaman moden yang banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh media yang rata-rata lebih ke arah kebaratan.Atas nama kecantikan, wanita-wanita muslim selalu terdorong untuk melupakan apa yang disaran oleh Islam. Kadang-kadang terdapat sesetengah golongan yang melupakan bahawa wanita-wanita muslimah juga mempunyai hak, hak untuk merasakan diri mereka cantik tanpa perlu untuk mengorbankan prinsip-prinsip dan syariat Islam.Kecantikan yang hakiki bukannya hanya bersifat lahiriah sahaja. Ianya juga merangkumi apa yang ada di dalam diri setiap wanita itu sendiri, akhlaknya, peribadinya, jatidirinya. 
    Kecantikan bagaimanakah yang disarankan dalam Islam?. Buku ini menyentuh tentang kecantikan menurut kaca mata Islam. Walaupun kelihatan agak ringkas, terdapat banyak tips-tips berguna yang dikongsikan oleh penulis untuk para muslimah di dalam buku ini. Bagaimana menjaga keterampilan diri bagi Muslimah yang menutup aurat. Bagaimana perawakan dan akhlak yang patut ada bagi setiap muslimah. Bagaimana cara berhias yang dibenarkan dalam Islam. Bahasa yang digunakan, agak ringan, mudah difahami berkesan. Mudah-mudahan dapat memberi sedikit motivasi ke arah muslimah solehah. 



    Tajuk : Engkau memang Cantik
    Penulis : Burhan Sodiq
    Penerbit : Kemilau Publika / 2009
    Halaman : 156 ms
    Harga : RM15.00

    Leave a Reply

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Kongsikan Bersama

    Total Pageviews

    Followers