Kisah Cinta Dalam Al-Quran

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    "Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang daripadaKu, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu"
    Taha: 39


    Cinta selalu di salah ertikan dan disempitkan sebagai naluri dan perasaan antara pasangan lelaki dan wanita sahaja. Tetapi sebenarnya, Cinta itu adalah terlalu luas pengertiannya. Sebagaimana ayat di atas, sesuai dengan nama Allah Ar Rahman dan Ar Rahim, perasaan cinta itu dilhamkan oleh Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia.

    Buku ini menyentuh tentang kisah-kisah cinta yang diceritakan di dalam Al-Quran. Diantaranya ialah cinta seorang ibu kepada anaknya. Bagaimana kasihnya Ibunda Nabi Musa as, begitulah juga kasih nya Mayram kepada Nabi Isa as. Tak lupa juga bagaimana kasihnya Asiyah binti Muzahim, isteri Firaun kepada Nabi Musa as, walaupun bukan darah dagingnya sendiri.Kisah cinta seorang ayah kepada anaknya, Nabi Ya'qub as kepada Nabi Yusuf as. 

    Diceritakan juga bagaimana kisah cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf as yang pada mulanya menjadikan nya wanita yang hina, akhirnya Allah menukarkan nya kepada cinta abadi kepada Allah s.w.t dan juga kisah cinta Shafura, puteri Nabi Syui'aib as kepada nabi Musa as, yang mungkin jarang di sentuh. Kisah cinta Nabi Sulaiman as dengan ratu Balqis.


    Selain juga cinta sesama insan, di sentuh juga cinta wanita-wanita agung kepada pencipta mereka iaitu Allah. seperti Maryam Puteri Imran, Puteri Rasulullah, Fatimah Az-Zahrah dam Rabi'ah Al-Adawiyah.

    Walaupun cinta selalunya dibayangkan sebagai sesuatu yang indah, tetapi ada juga cinta yang menjerumuskan manusia dalam kemusnahan seperti cinta kepada duniawi, harta, kenikmatan dan keinginan yang tidak terpuji di sisi Allah.


    Hadir bersama buku ini adalah VCD "Bicara Cinta" oleh TG Dato' Nik Aziz Nik Mat di mana beliau berbicara tentang cinta.



    Tajuk : Kisah Cinta Dalam Al-Quran
    Penulis : Misbah Em Majidy
    Penerbit : Kemilau Publika / 2010
    Halaman : 241 ms
    Harga : RM23.00

    Leave a Reply

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Kongsikan Bersama

    Total Pageviews

    Followers