"Saya rindu kan bau pohon tin.
Harum....
Setiap kali saya lalu di celah lorong rumah di Sweileh itu, hidung saya menangkap haruman pokok tin yang tegak berdiri. Haruman itu hampir tiada lagi selepas lebih sedekad saya meninggalkan bumi Urdun. Namun sesekali saya mencium tin di pasaraya, sekadar mengambil bau. Biarpun tin itu datang dari California, baunya tetap sama. Sekadar menhilang rindu"
Membaca karya Ustaz Hasrizal ataupun lebih dikenali dengan nama Saifulislam tentang kembara beliau di dalam "peperangan" menuntut ilmu dibumi Jordan, bumi para Anbiya' dan Syuhadah ini, kita dapat merasakan seolah-olah kita berada bersama didalam mengharungi kehidupan di bumi Mu'tah yang telah menyaksikan gugurnya beberapa sahabat Nabi Muhammad S.A.W di medan peperangan sebenarnya di dalam peperangan Mu'tah.
Buku yang merupakan catatan perjalanan beliau ini, banyak diselitkan dengan kisah suka duka yang beliau kongsikan dan dapat diambil iktibar oleh para pembaca. Perasaan terharu menguasai diri semasa membaca semangat ukhuwah yang ditunjukkan sesama saudara Islam serumpun. Juga terlerai ketawa bila membaca kisah pensyarah yang garang dengan pelajar yang bersemangat berbahasa Arab. Perasan sedih dan emosi tak dapat dibendung apabila beliau menceritakan tentang kehilangan beberapa sahabat karib di dalam kemalangan dan juga semangat begitu membara sewaktu membaca tentang perjanjian damai dengan rejim Yahudi yang telah mengubah Jordan buat selamanya.

Tajuk : Rindu Pohon Tin
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit : Galeri Ilmu / 2009
Halaman : 185 ms
Harga : RM18.00
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit : Galeri Ilmu / 2009
Halaman : 185 ms
Harga : RM18.00