Secangkir Teh Pengubat Letih

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang silam, kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik"
    Surah al-Rum 42

    "Sungguh, telah berlalu sebelum kamu sunah-sunah (Allah), kerana itu berjalanlah kamu (ke segenap penjuru) bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)"

    Surah al-Imran 137


    "Katakanlah (Muhammad), Jelajahila
    h bumi, kemudian perhatian kesudahan orang-orang yang mendustakan itu"
    Surah an-An'am 11


    Allah berfirman di dalam beberapa ayat di dalam Al-Quran, supaya manusia mengembara ke seluruh pelusuk bumi supaya untuk melihat kebesaran Allah S.W.T dan mengambil ikhtibar di atas kejadian-kejadian yang telah Allah S.W.T turunkan, terutamanya ke atas umat-umat terdahulu.

    Ini bersesuaian dengan minat yang mendalam Ustaz Hasrizal ke atas sejarah-sejarah silam keagungan dan juga kejatuhan Islam, beliau mencoretkan catatan perjalanan beliau di bumi Antartuk, Turki.

    Buku ini adalah kesinambungan daripada buku Rindu Pohon Tin, tentang kembara beliau di bumi Jordan. Minat beliau yang mendalam ke atas Turki, khususnya kerajaan Othamniayah, dapat dilihat jelas di dalam buku ini. Beliau mempunyai pengetahuan yang agak mendalam tentang Turki. Catatan beliau mengunakan bahasa yang bersahaja tetapi disusun dan diolah dengan cara yang menarik, seolah-olah membawa kita bersama di dalam pengembaraan beliau.

    Apa yang paling menarik tentang buku ini adalah persahabatan yang beliau jalin membuktikan, atas semangat persaudaran dan ukhwah Islam, ianya tidak mengenal batas sempadan bahasa, bangsa dan juga cara hidup. Beliau berkongsi suka duka dengan saudara se agama tetapi berlainan bahasa dan bangsa.


    Tajuk : Secangkir Teh Pengubat Letih
    Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
    Penerbit : Galeri Ilmu / 2010
    Halaman : 267 ms
    Harga : RM25.00

    Leave a Reply

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Kongsikan Bersama

    Total Pageviews

    Followers