Taqwa

    Author: Unknown Genre: »
    Rating

    Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
    Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.  Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).  Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. 

    Al-Baqarah: 2-5  

    Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Kitab (Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran, bagi orang-orang yang mahu bertaqwa. Iaitu mereka yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang, dan mereka pula gerun cemas akan (peristiwa-peristiwa yang mengerikan pada) hari kiamat. 
    Al-Anbiya': 48-49  


    Taqwa banyak di sentuh di dalam Al-Quran dan membawa erti yang agak berbeza-beza mengikut pengunaan ayat. Mengikut Dato' Nik Aziz. taqwa itu " Mengikut bahasa yang ringkas, taqwa itu bermaksud berhati-hati dan sentiasa berada dalam keadaan beringat-ingat serta berjaga-jaga dalam mematuhu segala hukum Allah di sepanjang hidup kita. Junjung segala suruhan Allah dan tinggalkan segala laranganNya"

    Di dalam buku ini, Dato' Nik Aziz berkongsikan banyak jalan-jalan menuju ketaqwaan. Semuanya diceritakan dalam judul-judul pendek yang padat dengan saranan-saranan, kisah tauladan, Surah-surah Al-Quran dan hadis. Mudah-mudahan kita dapat mengambil ikhtibar dan menjadi muslim yang lebih  teguh dengan ketaqwaan kita kepada Allah s.a.w. 




    Tajuk : Taqwa
    Penulis : Nik Abdul Aziz Nik Mat
    Penerbit : Kemilau Pubika / 2010
    Halaman : 213 ms
    Harga : RM17.00

    Leave a Reply

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Kongsikan Bersama

    Total Pageviews

    Followers